Register  |  Login   
Minimize

MAMPU - bantuan

 

Bantuan

W3C DISABILITY ACCESS

Laman web Prospects menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access.

A) Pengguna cacat penglihatan;

Dapatkan IE Page Reader di sini.

1.Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda harus memuat turun MS Speech API. Jika anda menggunakan Window2000, besar kemungkinan sistem anda sudah memiliki komponen ini.

2.Anda juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech Engine. Speech Engine adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain.

Untuk arahan selanjutnya bagi menggunakan komponen ini, sila klik di sini.

B) Pengguna buta warna;

Bagi pengguna buta warna, terdapat beberapa pilihan warna disediakan di ruangan atas setiap halaman laman web Prospects. Pengguna boleh memilih warna daripada seleksi warna yang diberikan iaitu Normal, Merah, Biru dan Hijau.

Warna templet halaman laman web Prospects akan berubah serta merta setelah pilihan dibuat.

C) Pengguna warga tua;

Bagi pengguna warga tua, laman web Prospects ada menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza

Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan atas setiap halaman laman web Prospects. Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian.


Apa itu RSS?

RSS atau RDF Site Summary adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language) mengikut tahap spesifikasi W3Schools . Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web yang menyokong aplikasi ini.

Apa itu RssReader?

RssReader adalah satu program yang membolehkan anda menerima berita atau maklumat dari halaman web yang menyokong aplikasi RSS terus ke desktop anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai RssReader, sila ke halaman ini http://www.rssreader.com/

RSS di Laman Web PAJPM

Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk kegunaan pengguna laman web Prospects mendapatkan info terkini berkenaan dengan maklumat terkini yang dikeluarkan oleh Prospects. Melalui kemudahan aplikasi ini diharap agar Prospects dapat menyalurkan maklumat terkini daripada laman web Prospects dengan lebih pantas dan berkesan.

Melalui RSS Feeds ini juga:
1. Anda boleh memilih untuk membaca berita yang anda inginkan dan relevan dengan kehendak
2. Anda secara tidak langsung mendapat informasi yang boleh dipercayai dan mencegah daripada informasi yang tidak di inginkan (Spam)
3. Anda dapat mengetahui maklumat terkini mengenai Prospects dengan lebih cepat dan berkesan
4. Berita atau maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini tanpa perlu melayari laman ini.

Untuk maklumat selanjutnya, sila layari http://www.rssreader.com/ .

Dikemaskini pada :September 2011
Dasar Privasi  | Dasar Keselamatan  | Peta Lokasi  | Bantuan

PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dan Mozila Firefox dgn resolusi 1024 x 768.

© Hakcipta Terpelihara Kementerian Pendidikan Tinggi